PELANCONGAN ISLAM

Destinasi Pilihan Pelancong Muslim Dari Seluruh Dunia

Lebuh Acheh Street Art

Mewujudkan satu laluan seni yang mempunyai daya tarikan estetika yang berteraskan seni, budaya dan warisan serta sejarah islam di Pulau Pinang.

Pembangunan Pakej Islamik/ Halal Yang Khusus

Membangunkan pakej pelancongan Islam yang menonjolkan aspek keagamaan, sejarah, seni dan budaya Islam di Pulau Pinang. Ini termasuk pakej ziarah ke masjid-masjid bersejarah, tempat-tempat bersejarah Islam, makanan dan produk halal serta destinasi yang terpilih.

Pelan Transformasi Pulau Aman (Muslim Friendly & Halal)

Mentransformasi Pulau Aman sebagai pulau pelancongan seni & warisan yang berdaya saing dan lestari demi pembangunan sosioekonomi Pulau Aman.

Pameran/ Karnival Seni

Menyemarakkan tarikan pelancong tempatan dan antarabangsa terhadap Negeri Pulau Pinang secara keseluruhannya selain mengangkat martabat seni budaya dan warisan tempatan produk pelancongan Muslim

Muslim Friendly Tourism And Hospitality Accreditation And Recognition (MFAR)

Menetapkan standard dan kriteria Muslim Friendly untuk destinasi pelancongan dan perkhidmatan hospitaliti

Penjenamaan & Promosi

Mewujudkan satu penjenamaan dan promosi yang spesifik serta kreatif sebagai satu medium yang akan digunakan untuk mempromosikan Islamic Tourism di Pulau Pinang.

Program Peningkatan Kemahiran

Meningkatkan kemahiran, pengetahuan, dan keupayaan pemandu pelancong.